Sunday 14 April 2013

short notes

assalamualaikum..
hai.. mcm rindu gila nk update blog nie..
owh ya..
aku dah abis final..ini bermakna.. aku dah menamatkan sem 2 dgn jaya dan hebatnya.woohoo!! hehehe
Alhamdulillah:)

haa..
masa final week, ramai tny, "teha dah knp dgn kai?", "korang dah break ke?"
macam2 lah..
meh sini saya jelaskan..
memandangkan final yg agak serabut..
yelah, saya pun manusia biasa yg normal.hihihi
terkadang tu meroyan lah..

satu lg..yg nie paling penting..
kai, bukan BF aku lah.. kami kwn baik..
yup..mmg tipulah kalau kata tak sayang..
mmg sayang gila kot..
yela..sape tak sayang kwn kot??
tp mmg sayang saya pada kai jelas dan nyata..
aku publish dan cerita kt semua..
satu perasaan indah dapat menyayang :)
kami baik2 sahaja..
kawan tetap kwn..kn geng? ;)

haaa.. lepas nie nk tulis karangan sikit..
saja2 nk luahkan perasaan meroyan nie :)

*jgn fikir apa2 ya ;)


Apabila keadaan tidak menyebelahiku, aku kian mencari alasan dan menyalahkan orang lain.  Anggap sahaja aku pengecut, mahu lari dari realiti,  dan juga pentingkan diri sendiri.  Tak mengapa, mungkin itu semua benar tentang diriku.  Tampaknya tabah aku dari luaran, tersenyum.  Mereka kagum akan diriku, mengharungi hidup dengan segaris senyuman dan ketabahan.  Salah, didalamnya aku sangat lemah, mungkin terkejut, kerana saat itu mereka akan berjumpa orang paling lemah sekali.

Ya, mungkin mereka pernah melihat aku menangis. Berapa kali? sekali? dua kali? apa mungkn tiga kali? salah lagi. Mungkin mereka tidak melihat akan air jenih yang sentiasa menemani pipi saat tidur. Mungkin mereka tidak mendengar tangisan sendu jauh didalam hati. Wah! hebat lihatnya pada luaran. Malulah pada diri sendiri. Kerana tidak jujur pada hati.

Sebaiknya bisu sahaja. Kerana kini hanya mampu mengadu pada sang pena bisu. Tanpa balasan, tanpa suara, tanpa penjelesan. Hanya nadanya dapat dilihat sedih. Pilu sepanjang waktu. Ya, mungkin aku penulis yang baik, melakar norma dan cerita kehidupan. Norma kehidupan sendiri. Namun begitu, si penulis yang baik ini malu, disimpan karyanya yang bergunung itu didalan buku. Atau pada hiasan simpanan memori kekal ini. Tidak ditunjukkan. Jadi, siapa yang tahu apa yang berlaku? siapa pula akan membantu? tiada sesiapa.  Diam dan terus diam begitu. Membiarkan ceritanya berjalan mangikut masa dan waktu..

Mungkin hanya itu yang mampu dia lakukan. Tidak sepadan dengan namanya.. 'pena berani'. tidak sesuai langsung.  Kerana tidak berani langsung berhadapan realiti kehilangan!
#fatehataib

No comments:

Post a Comment