Thursday 23 May 2013

nadwah islamiah #pena berani



kian terleka,

saat sang pena mencari ilham,

dia menari seperti biasa,

menari mengikut rentaknya..



lantas terdiam,

saat azan itu berkumandang,

sang pena tak mampu menari lagi,

pilu..



sedar..

selama ini,

diangkatnya sang cinta,

selama ini,

dipujanya sang sayang..

hingga terlupa pada pijak asalnya agama..



sesat selama ini mencari dek kata-kata manis..

kian terlupa akan manisnya islam,

kian terleka akan kukuhnya agama..

jahil mata sang pena rupanya.





kini,

satu persatu langkah diatur,

lancar coretannya,

"islam itu indah"

"islam itu mulia"

"islam itu jiwa"

"islam itu merdeka"

"islam itu yang utama"



Ya Allah.

tidak pernah rasanya pena ini

mencoret akan sentuhan rohani,

kini,

ia mengaku,

nukilannya tidak pernah sehebat ini,



dia ingin berdakwah..

biar satu dunia akan membaca,

biar umat Muhammad

bangun dari lenanya..



"aku ingin berdakwah dalam coretanku,

aku ingin berkongsi akan kesedaranku"





janji sang pena lagi,

selagi matanya tajam untuk menulis,

digagahkan sang kudrat

terus menari..

menari ke jalan hakiki,

berdakwah tentang ya ilahi..

sehinggalah dia datang mencabut,

nyawa sang pena berani...

in syaa Allah.. 



#fatehataib

Tuesday 21 May 2013

yang berjasa

entah,
mungkin harusnya
memang begini,

peni ini berjasa,
mencoret tulisan hati,
penuh dengan rahsia.

sedang lantang bibir
berbicara penuh gah dan egonya,
sedang wajah
menggaris sepalit senyuman.

hanya yang mengerti,
sang pena berani ini.

dia yang mencoret akan kisah hati,
yang tidak terluah oleh sang bibir,
tidak tertayang oleh sang mata.

namun,
saat puncaknya tiba,
lantas disampaikan segala rasa,
hanya pada kertas putih garis-garis ini.
banyak berjasa.

mungkin niatnya berkongsi,
ingin hatinya difahami,

mampu menangis pada akhirnya,
sikap budak-budak apakah ini?
hey!
malulah pada diri sendiri,!
kerana tak berani memandang realiti.

#fatehataib

Monday 20 May 2013

BROTHER SISTER :')

assalamualaikum :)
hai hai hai. ;)
rasa mcm agak lama tak menari-narikan jari kt keyboard ni untuk meng update blog.hahahaha
ayaaaat :P

okay..
kali nie aku nk post pasal ...
aku lah, hihihihi.
takan pasal korang kot :P
hehehe..
hmm 2 hari lepas, aku menempuh hari yg sgt seronok.
guest what??
kawan2 aku dr teknik dtg..
dtg mana??
dtg rumah aku lah. :)
anis, ikin, arif dan lang..
pastu mummy pun ada jemput zirafah sekali :)
anak lelaki mummy kn??

sumpah best gila.. diorg drive dtg rumah aku.
terharu kot sbb dr putrajaya dtg rumah aku..
hmm.. :')

mummy masak mee kari..
mummy pun seronok kwn2 aku nk  dtg..
yelaaa.. aku kn susah nk kuar..
so org lah dtg rumah aku :)

dalam pukul 2 diorg smpai..
dan sebenarnya aku dah siap bertudung dr pukul 12 dah.hahahaha
semangat gila.. zirafah pulak sampai pukul 2.30 cmtu..
sampai je dia, kitorang pun makan,,
yum yum..
terima kasih mummy :)

lepas mkn diorg ajak aku gy selayang mall.
mummy baba bg kot..
hehehehe
mcm tk percaya kn?? :P
tp percayalah.. mmg aku keluar.hehehe
sampai sana kitorang karoke.
2 jam kot.hehehe
mmg mcm nk pecah je bilik tu..
bilik no3.
yeah! ingt lg and mmg tak boleh lupa..

lepastu kitorang gy mkn kt subway..
okay.. first time aku mkn situ.
so mcm batak jugak sebenarnya.heheheh =P
tp best laa..
lepastu??
hari pun semakin gelap..
aku pun balik laa.. doiorg hantar aku, pastu hantar zirafah
pastu diorg hantar arif ke stesen KTM.
pastu diorg balik..
terima kasih korang sbb dtg jauh2..
nnt bila senang2 kita meet up lg ya..
nk melalak lg dgn korang..
big brother lang, kau mmg terbaik laa.. lama tk jumpa and thanks sbb nk drive dtg rumah aku,
big brother arif, yeah! mmg seronok dok jerit2 nyanyi dgn arif.. hehehe.. thanks jugak sbb plan dtg sini,
zirafah :), thanks sbb nk join kami.. layan je perangai kitorang yg ting tong nie :P
sista aniss, thanks babe sbb nk travel smpai sini dn plan ko kali ni menjadi...hihihihihi.. waa rindu sama lu meyh!
sista ikin, lamanya kita tak jumpa. mmg nk terkeluar jantung bila jumpa.. mcm nk hug je korang tanak lepas,hehehe..

*kalau lah sista hanna ada, mst lg meriah.. bak kata arif, hanna ada dia mkn bersila atas lntai lah.hehehehehe.. apelaa. tp mmg hapening lah.. penat pun berbaloi. cuma tk puas sbb mcm kejap je..
tkpe.. ada jodoh kita jumpa lg..:')

huh? gmba?? hehehehe.. adalah.. jap2 :)


ni masa baru smpai rumah :)

3 dara!! hehehe.. eh! 4 laa. :P


haaa.. nilah suma.. eh! ada satu lg :)

#kami ( brotha sista ) :)


Sunday 5 May 2013

Political Talk with Fatehataib :)

assalamualaikum..
so, berakhirlah pilihan raya umum 13,
keputusannya barisan national menang dgn simple majority.
tahniah.. :)

well, sebelum belangsungnya pru nie..
kempen memang giatlah..sana-sini suma..
penuhlah jalan raya dgn bendera.
meriah..
rasa mcm hari raya pulak.hehehe
tak kurang jugak kt fb and twitter atau mana2 laman sosial dok berkempen untuk parti masing2.
mungkin aku nk tekankan kt twitter lah..
dasyat betul. yang sokong kerajaan dgn slogan dan moto.
yang sokong pembangkang dengan slogan dan moto jugak.
mcm2.. kt TL tuh mmg penuh lah..
ada jugak yg bosan smpai ajak makan kitkat suruh rehat.hihihi..

semua tu tak kesah..
masalahnya sekarang bila dah sampai tahap kutuk bagai..
ya, kita mmg nk yakinkan org, tapi jgn sampai  melampau sgt ayt tuh mengutuk.
again, nk ckp lah, apa2 pun yg kita nk ckp, biarlah nampak berilmu..
okay2..korang pilih lah..
nk org ckp:
" dah kenapa budak nie?? ckp mcm bagus, umur tk cukup pun nk mengundi. sedap mulut je mengutuk.weyh budak, tak tahu apa2 jgn ckp lah."
ATAU
" haah lah, betul cara budak nie tegur, kerajaan/pembangkang patut terima teguran mcm ni. semua pun nk Malaysia yang aman. jadi tak salah bagi pendapat"

haaa.. mesti nk yg ke2 tu kn?? negara kita democracy, kita berhak bersuara.. tapi gunalah saluran yang betul..suarakan deengan betul. tk perulah nk berbalah dan mengutuk bagai. Malaysia, terkenal dgn budaya.. so, kalau maki2 sana sini tu budaya apa??

dan satu lagi, kadang2 kita tak tahu pun tentang sesuatu perkara, atau mungkin tahu sikitlah..
tp kita tweet or post mcm kita tahu semua.. yes.. TV kadang2 memang berat sebelah.. tp tak bermakna semua yang ditayangkan tu salah.. internet mmg sgtlah bnyk maklumat..tengok dua2, buka hati, buka fikiran dan nilaikan. setiap parti akan ckp mcm2.. bg penyokong pulak nilaikan sendiri.. kenangkan jasa..jgn terus menghukum. semua boleh kalau dibawa berbincang.

remaja sekarang mmg semakin matang, tempoh sekaranglah kita menerima segala input dr luar.
tapi ingat, jgnlah bulat2 kita terima. ambil masa untuk hadamkan semua.
lebih dari 50 tahun negara kita diperintah oleh kerajaan barisan national.

aku ibaratkan mcm hospital.. mula2 perancangan pembinaan, lepastu baru kita bina.
bila dah bina, kita kenalah pastikan teknologinya mencukupi, lepastu jgn lupa sediakan doktor2 dan pekerja yang terlatih.. bila dah sedia, beri rawatan pada pesakit. dari semasa ke semasa, teknologi ditingkatkan..ikut peredaran masa. apa yang kurang ditambah, apa yang salah dibetulkan..

haaa, inilah yang berlaku selama kerajaan memerintah. banyak pembaharuan dan pertukaran. yg kurang ditambah dan sebagainya. kita sudah ditahap itu, memastikan negara kekal aman. mana2 yang salah
tu kita betulkan. kalau kita tukar kerajaan. mungkin kita harus membina dari awal.. semua org pun tahu, kita bukan maksom yang tak buat silap, kita manusia kut.. dan dari kesilapan itulah kita belajar.kita masih belajar, kerajaan juga masih belajar..

kadang2 kita mudah terpengaruh dgn janji.
betul, aku tak nafikan kepentingan janji tu. masa aku nk bertanding pilihan raya Dipac pun kena bermanifiesto jugak.tp  biarlah yang logik..

okaylah.paling mudah penghapusan bayaran PTPTN. kita dibantu dari dulu.. untuk pastikan kita dapat sambung belajar. sesuatu yang kita perlu bersyukur. bila sudah meminjam, bayarlah.. kita bukannya kena bayar beribu-ribu sebulan.. bukan untk kerajaan semata.tp untuk adik2 dan ank2 kita akan datang. yes, boleh hapus, kerajaan tanggung semua. tp untk berapa lama?? mana Malaysia nk dapat duit bnyk2.. sekarang pun kerajaan mudahkan, pointer bagus, PTPTN tukar jadi biasiswa. apa kita perlu buat. belajarlah betlul2.. sekarangpun kita tengok pelajar ada yang sambil lewa je belajar.. PTPTN kena bayar tu.. masih main2..cuba kalau hapus terus?? boleh fikir sendiri kn?? :)

melihat pada janji, kita kaji pada realiti. "kalau saya menang, esok minyak turun 50sen"
mungkin pernah dengar ni kn?? okaylah, semua pun suka bnd murah dan free, tp sedar tak, harga minyak di asia, Malaysia adalah paling murah.. sebab subsidi dari kerajaan dan sumber yang kita ada.. kalau kt Thailand, minyak diorang mahal. sebab tu mereka datang Malaysia dan ada yang tuang minyak penuh,yelaa.. murah.. minyak tu keperluan.. sebabtu kerajaan beri subsidi.tp tak bolehlah terlalu murah.. kerajaan kaji dah apa implikasi dan kebaikan.kita ada pakar2 pengkaji untuk semua ni.kalaula penurunan harga minyak secara mendadak tu tidak memudaratkan negara, rasanya lama dah minyak kita murah.. apa2 pun belajarlah untuk bersyukur :)

bantuan yang kita dapat. yes, memang betul semua tu duit rakyat sebenarnya.. mak ayah kita bayar cukai dan sebagainya.jadi, lebihan disitu kita dapat semula dgn bantuan2 yang kerajaan bagi. kita ada kedai dan barang2, kita diberi bantuan supaya berbelanja.. putar semula duit itu, sumua untuk pastikan berlakunya jual beli dalam negara. yelah, apa guna barang banyk2 kalau tak ada nk beli sbb tak ada duit..dalam financial management pun ada belajar.. kerajaan memberi atas sebab apa?? rasuah..? haish..cubalah kita fikir dari sudut yang positif dan jauh.. manfaat kita dapat. mmg hak kita sbb duit kita.. kita berbelanja, bantu negara pulak.. pastikan kita maju.. jgnlah asyik nk negatif je..

apa yang jelas kita nampak sekarang adalah sentimen agama digunakan. agama kita agama islam. betul! memang itu agama kita. dan islam itu manis,suci dan murni. seperti yang aku cakap, menegurlah dengan baik. yela kita nk orang jadi baik, ambil hati mereka dengan baik. kita tak bolehlah simply ckp org tu kafir atau apa. kita pun ada dosa..kita pun tak boleh nk ukur pahala sendiri, apatah lagi pahala orang lain. islam itu sentiasa menggalakkan kemajuan. dulu, cordova terkenal dengan kemajuan zaman pemerintahan islam. haaa, terbukti dah pasal kemajuan. kalau lah kita rasa wujudnya corruption, kita tangani dengan baik. tak elok kita gaulkan politik dengan agama secara kasar. jadi fitnah pada agama. okay lah, aku nk share sikit pengalaman. masa belajar di SMT Sepang, memang aku belajar bnyk. indahnya agama.. lepastu aku sendiri belajar di kelantan. bnyk benda aku belajar. bila islam itu diterapkan dengan lembut. hati kita terima dengan ikhlas.. tapi kalau kita sendiri tunjuk contoh tak baik, agama kita dapat nama.. apa2 pun kita doakanlah yang terbaik untuk semua orang. :)

hmmm.. yelah, aku just nk share sikit apa yang tahu. yes..nampak sgtkan aku side kerajaan.?
mengakulah, memang betul.. tapi tk semua dlm kerajaan itu betul. kita lihat pada apa yang berlaku. kita kenang semula. kita bandingkan. dan tidaklah aku tak bersetuju dgn pembangkang. even dalam berdebat aku selalu dapat position sbg pembangkang, tapi kita pandailah menilai. tak semua pun sempurna.. dan tak ada pemerintahan sebersih dan seadil pemerintahan nabi Muhammad dan para sahabat... kena ada check and balance jugak.. negara demokrasi kan :)

aku pun bukannya pandai sgt. pengetahuan yang cetek ni aku nk share je.. ambil ia sebagai satu yang positf ya.. pada yang tidak setuju, anggaplah aku menegur dengan lembut.. kalau aku salah, mohon maaf ya.. kita bebas beri pendapat dan aku cuma beri pendapat dgn cara paling lembut. "menegurlah dengan cara berkongsi, bukan menghina" aku percaya pada itu.

apa2 pun tahniah kpd kerajaan. bawalah Malaysia pada tahap lebih maju dan semoga kita semua dilindungi Allah. in syaa Allah.. lastly, berfikirlah dengan betul dan bercakaplah dengan berilmu :)

#fatehataib

wassalam ;)


Friday 3 May 2013

selamat hari jadi :)

assalamualaikum
hai :)

entry nie pendek je kut..
just nk wish happy birthday kt member je..
tua dah dia.hehehehe.
tahun lepas dya smbut hari jadi sendiri kt PLKN,
tahun nie ada yg tersayang dah. :)

all the best ya..
awk tu da besar.so org lain tk perlu ckp bnyk2,
sbb awk lebih tahu dan boleh beza baik dan buruk..
kwn2 hny boleh bg nasihat.
terima atau tidak  itu pilihan awk..

k.. gembira selalu ya..
selamat hari jadi :)