Friday 18 October 2013

aidiladha

assalamualaikum..
hai :)
okay, sebenarnya dah dua tiga haru aku rasa nk update tapi mcm malas.hahaha..
akhirnya malam ni laa aku bukak jugak..

kita semua baru je lepas menyambut aidiladha,
alhamdulillah..
dan menu dirumah kami adalah laksa johor..
yg datang pun trip family ami hassan, kwn tok dan family umi pah..
meriah jugak laaa.. semangat mcm hari raya semua.hahaha..
yelaa.. jarang nk dpt kumpul ramai2..selalu aku kt pantai timur dan mira kt selatan.. haih.. jauh2..
bila dh jumpa..seronok laa.. tambah lagi jumpa nk adoh.hahaha. adik beradik, biasalah..

oh yaa.. kalau ada je khalidah *sepupu aku.. mmg gila lh jawabnya.. tp tk complete..
sbb tkde pinot.haihh.. kalau ada.. roboh lah rumah.hahaha..


haaa.. nilah dia..haihh..hahahaha..

btw, result akan keluar 1 Nov ni.. gila punya cuak..hmm.
harap2 result yg keluar tk lah menghampakan..
kami dah usaha.. sekarang kami tawakal.. amin..

and ately topic kt rumah aku ni pasal jodoh.haihh.. naik pening dah. tok pulak
bukak ustaz kazim mst topic jodoh..
entah laa.. mungkin sekarang musim org kahwin kot.hahaha,
biar laa..

okay2..mcm tkde motif dh ni..
lastly

" mengajar akan perkara dekat dengan hati,
supaya mudah segala yang diterangkan,
pada yang mendengar,
fahami,
dan rasailah akan apa yang dipelajari.

mengukur sendiri jarak masa,
mengenang akan perbualan yang lama,
seolah kian mengerti mengapa kita diperlakukan begini,
pada yang masih memberontak, maka kau belum cukup dewasa.

mahu bercakap tentang fantasi sahaja,
ceritanya mengikut jiwa mengikut rasa,
sedangkan kehidupan ialah realiti,
tindakkannya mengikut akal juga hati..
jangan kau pandai-pandai mencorak cerita,
dari angan-angan anak kecil tiada nampak kedepannya.

lalu dari dulu kerap diajar,
segala kelengkapan dihari depan,
semoga pada masa yang seakan berlari,
mampu kau kejar mampu kau ikuti.

tak mahulah tampak tiada berguna,
kerana pengetahuan langsung tiada.

aku yang mengajar jua tidak sempurna,
banyak kurang banyak salahnya.
hanya niat mahu berkongsi,
harap diterima,
semoga difahami.

pada yang tidak setuju akan bait tertulis,
maaf dipinta sang pena berani,
andai masih tidak terima,
tak terdaya mencoret kata,
pada bibir boleh senyum sahaja"


okay laa.. untuk kali ni tu je..
wassalam :)





Saturday 12 October 2013

sem 3 :) #biasa

assalamualaikum.
hai.. okay.. akhirnya aku dah pun menamatkan zaman semesta 3 dgn gah dan jayanya...
alhamdulillah..
mcm2 jugak laa yg jd sepanjang sem 3 ni..
apa2 pun aku bersyukur sgt apa yg ada, apa yg jadi..

final mcm mana??
hmm.. alhamdulillah..
aku dgn yg lain2 dh usaha..
kami tawakal.. harapnya result yg keluar nnt bg senyuman..
kadang2 mcm tk mandi, mcm mayat hidup, mcm tk cukup tidur..
hahaha.. mcm2 ragam lah time final..
haihh..
sem 3 yg indah..

dan.. bila dh habis sem 3,
aku sekarang dirumah laa! :D
heee..
seronok,,
bawak balik barang mcm tknak balik machang.hahaha..
eh..
masih mahu pulang ke machang..
harapnya sem depan semuanya okay..

"belajar dan terus belajar. walau apapun yg berlaku tu nampak tak senyuman tu.. selemah mana pun kita, cubalah tersenyum. semoga kita dapat kuatkan diri dan kata, 'seribu kerutan di dahi, boleh dihilangkan dengan segaris senyuman'"






haa.. nilah serba sedikit apa yg jadi sepanjang sem 3..
suka, duka..semuanya ada..
diam- tak diam lebih setahun aku kt machang..:)
alhamdulillah.. bnyk aku belajar..

habis dip nnt, tk tahu lah bila je aku nk jejak kelantan tu..
degree seremban 3 je.
takpe, rasa lah suasana baru..

okay laaa. nk share sikit ni..
this one sebenarnya koleksi aku dan syida.. lately kami suka berbalas ayat..
nnt bila ada masa aku post full punya.. mcm conversation pun ada :)
ni salah satu karya aku :)

"merasa kehilangan adalah lumrah kehidupan,
biasa..
saat manusia bertanya, dimana silap mereka?
biasa..
saat manusia meraung, meratapi kesedihan hati.

lalu pada situasi biasa itu,
cuba lihat sebaliknya,
mungkin bahagia,
mungkin juga derita.

tak siapa tahu hendaknya hari esok,
namun sibuk memenuhi hendaknya hari ini.

biasa..
itulah manusia,

dia bertanya pada diri,
"bahagia itu bagaimana?"
dia berharap pada hati untuk peroleh bahagia itu,

lucu,
saat ingin memiliki,
namun tak tahu apa yang ada dalam hati.

biasa..
manusia iri memandang bahagia yang lain,
tanpa bersyukur apa yang ada.
itulah ragamnya,

meratapi saat jatuh,
bisa bangun kembali kemudiannya,
lalu menyesal,
membazir air mata itu sia-sia sahaja.

biasa..
itulah ragam biasa manusia.'

#biasa#penaberani (fatehataib)

so.. tu jelah untuk malam ini..
memandangkan sudah dirumah..
insyaa Allah selalulah mengupdatenya..
:)

wassalam..