Wednesday 8 April 2015

SESAT #penaberani

betul ke
sunyi itu mati?
dan apabila mati
maka sukar untuk kembali?

benar ke
rindu itu perlu?
kemudian baru perasan
yang aku mahukan kamu?

selalunya jalan kanan kiri yang aku lalui,
kian tenang,
walau tanpa angin melintasi,
biarlah
aku mampu gagah jalan sendiri

namun,
makin jauh aku berjalan,
makin dekat aku dengan simpang,
arah masing-masing berbeza,
yang akan pandu aku ke jalan yang tak sama

aku berhenti
betul-betul ditengah
entah
mungkin tunggu angin tolak aku
dan beritahu mana jalan nak tuju

jika tiada angin menyinggah?
keras kejong aku disitu
lihat matahari turun naik
basah bersama hujan petir
membeku bersama salji berlalu

semakin jauh aku berjalan
semakin kabur pandangan
semakin hati tak menentu
semakin aku menemui jalan BUNTU

#penaberani

Sunday 5 April 2015

1m4u :)

Assalamualaikum.
aku dah lebih kurang sebulan kat sini. okayy laa.
stress sikit
penat sikit
mereput sikit.
hahahaha.. biasalah, diploma dan degree beza sangat.
cuma aku punya malas yang taknak kurang.
adoi.. mohon berubah ya fateha.

kat sini aku dpt classmate yg baik. roommate yg cool (nad,yana,teha,aku)
so aku patut bersyukur. rindu machang sebenarnya. :(
dan kt sini aku join 1m4u.
best la. happy je. kira ada jugak sebab nk happy kt sini
kurang sikit mereput tu :)





haaa.. nilah serba sedikit team im4u kt sini.
haihh. aku masih rindu dipac and kdp..
harapnyaa mereka pun sama2 boleh buat aku happy :)

" satu jalan
jauh dari pandangan
yang cuma terlihat
satu cahaya tak disekat
mahu bawa aku terus pada jalan itu.

kalau lah aku tahu
apa ada disebalik cahaya,
mungkin teruja aku mahu kesana.
cuma sekarang masih kabur
jalan juga tak lagi teratur.

tak mengapalah,
andai jalan tak jumpa masalah,
aku tak akan bersyukur hadirnya bahagia.
jadi terima kasih buat segala ujian,
kini aku lebih berani mara kehadapan "
#penaberani

Saturday 4 April 2015

SATU LAGI #penaberani

satu hari yang panjang,
jalan jalan hidup yang tenang,
dan buat aku percaya yang aku boleh capai bintang.

mungkin masih jauh awan itu,
dan masih tinggi langit biru,
tapi tak mustahil untuk aku lompat
untuk kecapi nikmat.
biar dalam payah selama ini mahu melangkah,
aku masih mampu gagah.

dan masa kau hilang dari pandangan,
aku jadi tak tentu haluan,
malap,
hati jadi sembab.
kosong tiba-tiba,
kerana selalu kau ada,
tunjuk arah dan ingatkan masa.
supaya aku tak lupa,
yang kau ada bersama.

kejamkah aku,
kalau suruh kau tunggu?
walaupun hati belum tahu,
betulkah kau yang aku perlu?
aku ini PENAKUT
ya, takut pada masa,
takut ada kecewa.

atau kita sebenarnya perlu masa,
untuk kenal hati budi,
sebelum sama sama tanam hati.
ya, kita perlu masa
sebelum ke peringkat yang satu lagi :)

Monday 23 February 2015

HIDUP BARU AKU

assalamualaikum.
hai, well aku dah rindu nak meroyan kat sini.
since dah ada acc twitter @penaberani dan @beluncas2012, aku sibuk update kt situ.
beluncas pun dah ada official insta tau. hahahaha. okayy, over sikit.

okay, back to the track,
meh nk update.
korang dah tahu kan aku end diploma macam mana?
so rentetan dari itu aku dapatlah tawaran sambung belajar.
Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. syukur

taraaaa.. hahaha.. eden duduk nogori lah lepas ni. wish me luck.
entah laaa. aku takut nak tempuh alam degree. aku pun tak tahu knp. hahaha
aku harap semua okayy..

tapi apa yang seronok, ramai kawan2 dari machang dapat seremban jugak.
tapi yg sedihnya, beluncas berpecah.

aku: seremban 3
yana: seremban 3
nad: seremban 3
pika: shah alam
dila: arau
fana and syuda: sambung bulan 9

takpelah, kat mana pun kami tercampak, semoga masing2 Allah mudahkan urusan. amin
wokeyh! next week aku dah masuk seremban,
doalah ada line wife kat sana dan line phone okayy.. hahaha..
okayy.. wassalam