Saturday 17 November 2012

TUDUNG dan PEREMPUAN

assalamualaikum =)
okay laa..
skarang nie kita ckp sesuatu yg mudah dan senang =)
isunya adalah perempuan dan hijab a.k.a tudung.

slalunya perempuan kalau nk pakai tudung, ambil masa sikit nk betulkn. lg2 yg pakai tudung bawal or shawl..ada je tak kena.. *semua perempuan bertudung pernah rasa.

dan bila keluar. kadang2 kita akan merungut kn??
antara yang akan keluar dari mulut kita adalah..
"tudung nie tak menjadi la!"
"salah gosok la nie!"
"susah betul nk bentuk tudung nie!"

haa.. betul kan.hehehe
kelakar betul,
pasal tudung tak menjadi boleh sampai hilang mood satu hari.. *certain org laa

dan kadang2 kita lupa function bertudung tu adalah untuk menutup aurat..
haa..kne paham tu..

satu hari aku kuar dgn 'kawan',
keluar mcm biasa laa..
tp tudungku sekali lg buat masalah..
mula2 tak perasan, bila da amik gmba bru perasan..
ianya tidak mejadi.hurmm

then aku gtaw 'kawan' aku tu.kira mengadu laa.
then dya kata..*sesuatu yg menyedarkn

"takpe la,tak menjadi pown..asalkan tutup aurat.
dari pada tudung tu terbentuk lawa gila tp tak tutup aurat.
contohnya singkat or jarang..tak guna jugak kn.."

haa. jadi kne la taw tujuan kita bertudung tu adalah tok tutup aurat..
mcm mana pown kita punya bentuk tudung tu,
ianya akan nampak cantik di sisi Allah kalau kita betul2 menutup aurat..

apa yg aku post nie untuk tambah pengetahuan dan tegur sesama sendiri termasuklah saya yg menulis nie..hehehe
kita tak dapat lari dr buat silap,
sama ada perasan atau tidak..
jadi kne la sentiasa cuba jd lg baik.
terima kasih =)

wassalam



Friday 9 November 2012

YA, BENAR!! =')

rapat..menutup mata..
biar mimpi semalam lena selamanya..
teruskanlah maju..jangan menoleh lagi.

kini.
aku biarkan jari jemari,
menysun tarinya sendiri,
dia jugak bijak,
sama~
seperti sang pena bisu itu..

tiada yang terlafas..
hanya kedengaran deruan nafas..
perlahan dihembuskan dari kesesakkan.

lantas terduduk.
malu memandang dunia..
hakikat berlaku pada diri..
aku cemburu??

huh..
adakah ini semua biasa terjadi?
pada hati yang sangat menyayangi??
mungkin...

diam lagi..tak mampu berkata-kata,
walau sepah cuma,
diredupkan mata..
membiarkan air jernih itu mengalir selajunya..

pada Dia aku memohon,
diberikan segunung kekuatan...
kerana aku tidak segagah dulu..

kerana terlalu menyayangi,
aku takut.
takut kehilangannya..
mungkin selepas itu,
mata pun tak mampu aku buka lagi.
aku tak mahu dia pergi....

cemburu tandanya sayang..
aku harus gagah..
jangan mudah rebah pada cemburu itu..
kerana aku tahu,
dia amat menyintaiku,
benar bukan? =')


ALHAMDULILLAH =)

salam =)
9 november..!
tarikh penting dimana result final exam semesta 1 keluar ...huh..
mmg sgt takut..
takut tak dpt banggakn keluarga..
bnyk da diorg bekorban untuk ak..
nk balas balik??
kalau tunggu kerja lama lg..
skarang dgn belajar dn berjaya...

aku pown dgn hati yg bercampur baur membuka laman web untuk check result final aku...
dgn bantuan lappy kak ayu..
dup dap...bismillahirahmanirrahim..
fuh!!

Monday 5 November 2012

coretan

helaian baru kian dibuka..
dan pena bisu mengganti tempatnya..
entah mengapa..sering nadanya sayu..
merintih...

Allah mengurniakan aku sekeping hati..
begitu juga denagn yang lainnya..
hati yang ingin dicinta dan menyinta..
dan hati itu juga mudah kecewa dan dikecewa..

lantaran pada hati yang lemah itu,
aku pautkan sang semangat..
agar ia gagah dan terus kuat..


dan lagi..
aku diberikan perasaan..
sama~
perasaan menyayangi dan disayangi..

sukar melafas dan memberikan perasaan..
dan barang siapa yang memiliki..
aku harap dijaganya sepenuh hati..
kerana perasaan itu bukan mainan atau untuk dijual beli..

syukur padanya
 memberi rasa akan nikmat menyintai,menyayangi..
aku rasakan sendiri..
melihat akan jernih matanya..
mendengar akan besar suaranya..
merasa akan deru nafasnya..
menyentuh akan kasar tangannya..

aku akur..
andai hati dan perasaan itu kian kencang diuji..
saat rindu kian hari makin bertambah.
saat cemburu mula menguasai jiwa..
dan tika sesuatu berbau curiga..

selagi aku dibenarkan untuk bernafas..
sedayanya aku jaga akan hati dan perasaan ini..
hanya untukmu Ya Allah,
buat kekasihmu Rasul tercinta..
dan buat kekasihku...dia..

andai takdir tiba,
aku menutup mata..
aku pohon setulusnya..jagakan dia..kekasihku..
insan menenangkan aku setiap waktu..

ingatkan dia,
bahawa hati dan perasaan ini
hanya layak untuk dirinya sahaja..
sepenuhnya untuknya...

dan sekiranya tiada lagi akan berjumpa..
aku harap..
masih ada ruangan,
biarpun kecil..
dalam hari dan ingatannya untuk diriku..
kerana aku tidak rela hilang lenyap dari memorinya..

hairan aku...akan perasaan ini..
bagaimana aku menyintai dengan sesungguhnya?
bagaimana aku merindui dengan sedalamnya?
kerana nikmat itu aku rasakan indah..
sesungguhnya dengan niat menjadi miliknya yang sah!

sang hati dan perasaan..
kau merasa sedih
hiba..
bersabarlah..
jarak bukan penghalang..
cemburu bukanlah musuh..
tenang dan buka mata..

seolahnya dia ada didepan dan tersenyum memandangku.
aku harus tenang..=')