Tuesday 18 November 2014

DONE

assalamualaikum,
jadi secara tk officialnya aku dah pun menamatkan zaman diploma.
2 tahun setengah,
kenapalah rasa sekejap sangat.
rasa macam baru semalam je pergi machang untuk daftar.. ecehhh.. hahaha

apa aku rasa?
weyh.. rindu lah semuanyaa..
beluncas tersayang
classmate
roomate
dipacians
kdp's
pm's
senang kata semua laa
apa yang tinggal cuma memori,
yang aku tak akan lupa. (kecuali kalau aku hilang ingatan laa. )

jadi macam mana aku end kan diploma??

alhamdulillah, grad dengan bergaya. :)
tunggu degree laa.. in syaa Allah ada rezeki dapat laa
bulan 3 pulak.. :)
amin.


akhir waktu #penaberani #beluncas


 Musim ini akan berakhir,
Ia pergi bawa bersama kisah semalam,
cerita kau dan aku,
cerita dia dan kamu.

Sedang masa yang selalu cemburu itu,
Nampaknya aku lebih cemburu,
Memandang perginya berlalu kisah kita,
Seperti tidak lekat bersama jeda masa yang panjang.

Mungkin tidak sempat daerah ini kita takluki,
Tapi masih mampu wilayah itu kita redahi.

Kemana pun aku lari,
Perpisahan itu selalu mendampingi,
Mahu mengingatkan katanya,
Yang aku miliki,
Bukan kekal selamanya,
Dan mimpi yang aku angankan,
Tak semua realiti berlaka.

Aku cuba,
Mengarang bait-bait indah diakhir pertemuan kita,
Supaya masing-masing tersenyum manis,
Mengenangkan kisah kita yang penuh dengan magis.


Ya,
Saat jari jemari menari ini,
Mengarang semula kisah kita,
Pelbagai reaksi terbayang di muka.

Mahu aku senyumkah?
Atau mahu aku menagiskah?

Aku putuskan untuk mengirim kegembiraan.
Semoga dengannya,
Dapat pulang bersamaku,
Satu bahagia

Cerita kita di akhir waktu ini amat berharga.
Kerana harapku,
Bukan aku sahaja yang ingat semua.
Tetapi kita simpan dan kenang bersama.

Satu hari nanti,
Andai jodoh itu bersemi,
Mungkin bisa bertemu lagi.
Jika tidak,
Izinkan aku cerita pada anak cucu tentang kisah kita.
Kisah kita yang panjang,
kisah kita yang riang.

#penaberani #beluncas

Sunday 7 September 2014

tempat berteduh #penaberani


Mungkin waktu ini kau belum tahu,
Apa yang ada yang ada dalam hati aku.
Lalu kau Cuma memandang sepi,
Mata-mata yang sayu ini.

Nantilah,
Suatu hari nanti bila aku hilang dari pandangan,
Baru kau rasa kesunyian.

Entahlah,
Aku yang payah,
Berjaya kau mudahkan,
Aku yang keras,
Berjaya kau tewas.


Mungkin dengan itu,
Aku sering merapu,
Memandang kau aku jadi tak tentu.
 Atau hanya aku yang pandai merasa,
Sedang kau langsung tak kesah apa.


Ya!
Aku memang pena berani,
Namun kau lah Berjaya menawan hati,,
Dan aku masih berani mengakui,
Kau satu-satunya yang sekarang Berjaya,
Membuat aku curiga pada dunia.

Sedang pernah aku kecewa,
Dan mahu lupa segalanya.
Aku Berjaya, hidup tanpa ada insan istimewa.
Namun kau kembali,
Lalu buat aku ingin rasa dikasihi.

Salah aku kah?
Mungkin salah,
Semasa aku mula-mula bermain hati,
Mahu mencuba-cuba ada perasaan lagi.
Lalu apa bila datang kembali,
Tenyata aku sedih sendiri.

Apalah yang mampu aku harapkan,
Dari kau yang sekadar  sebuah bayangan.
Hanya mungkin suatu masa,
Bila kita sudah jauh
Aku carilah sendiri tempat berteduh.
#penaberani

permintaan biasa dari yang luar biasa #penaberani


Ini kisah yang nyata,
Bagaimana perasaan mengawal jiwa.
Bagaimana jiwa pengaruhi jasa.

Entahlah,
Tak tahu malang atau bertuah nasibnya,
Kerana ada insan sudi terima dia dalam ingatan,
Lalu dijadikan hiasan dalam hati insan.

Aku mahu jadi seperti insan itu,
Yang sentiasa dapat tempat,
Dalam hati peminat,
Juga tetap teguh dalam doa yang jujur teramat.
Untung nasibnya.

Ada insan sudi beri ruang,
Supaya dia dapat disayang,
Dan juga sedia waktu,
Agar dapat bersama selalu.

 Aku teringin,
Mendapat peluang begitu
Tak banyak ku pinta,
Cukup sekadar ada tempat berteduh dan bermanja,
ada teman berkongsi segala cerita
dan imam solatku 5 waktunya.

Itu sahaja,
permintaan Wanita biasa.
Yang menganggap rumah sebagai istana
Dan juga suami sebagai raja.
aku tidak meminta lebih apa.

Itu sahaja.
Cukup dapat peluang disayang seperti dia.
#penaberani

Friday 8 August 2014

hari raya :)

assalamualaikum.
hello and hai.
:)

nak bagi tahu satu dunia yang aku sekarang sedang menunggu saat akhir bergelar pelajar diploma.
eceehhh.. macam nak bagitau ada orang nak meminang je kan?? hahaha
tapi betul lah, nak habis sem lima dah, bermakna, nak habis diploma dah.
insyaa Allah kalau tak de repeat paper. amboii.. minta jauh la semua tu.

dan rasanya belum terlambat untuk aku ucap selamat hari raya.
dan kepada semua, aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
kalau aku ada buat salah yang sengaja atau tak sengaja,
yang perasan atau tak perasa.
aku pun manusiakan?
so salah silap tu biasa.
kita 0-0 ya :))

owh ya. raya tahu ni macam kurengg siket.
sebabnya aku hilang orang yang amat disayangi dan satu lagi
sepupu yang rapat jugak dgn aku fly pergi Melbourne raya ke dua hari tu.
so meriah tu macam kurangg laa.
selalunya dialah yang jadi partner gaduhh aku tiap2 tahun.
gonna misss you bro.

nak tengok muka sepupu aku??
jap..

haaaa.. ni dia encik sepupu. aku jumpa kau lagi tiga tahun lah weyh..:))

masa raya hari tu sempat jugak melawat pusara ayah. rindu teramatnya.. itu jelah tanda dan tempat lepas rindu aku. semoga ayah tenang dan aman disana. amin.



al fatihah :)

" disuruh aku tunggu sehingga tamat belajar sekolahku,
aku sabar dan menunggu,
diminta aku tunggu sehingga tamat pengajian tinggiku,
niatnya mahu melihat aku berjaya.

tapi aku tahu, walau pada daya dia tak mampu,
setiap masa,
dia sudah bermimpi akan berjayanya aku dunia dan akhirat selamanya"
#penaberani

Thursday 19 June 2014

i miss you.

assalamualaikum.. and hai..
ulang ayat sama pun tak guna kan.. cuma mmg lama sgt tak update.
jom mula cerita..

7 april 2014

pagi tu semua okay je..
sampailaa aku ada malah nk daftar kolej..
mmg stresss sebenarnyaa. tp sabar je.
esok last paper untuk sem ni.
weyh.. nk habis part 4 dah..
hahahaha... mmg biasalah bila last paper nk study pun malas gilaa..
paper quality pulak tu.
hmm

buat2 rajin la gi library.
nk study la hajatnyaa..
separuh je buat note aku keluar nk beli air..
tiba2 aku tengok duit aku takde..
padahal ada lagi 50 ringgit kot..
mana pergi??
sah.. org curi..
sedih sgt masa tu...nk mkn apa ni..
dah laa lama lg kat sini. ada debat semua..

aku pun balik la bilik.. mmg sedih sgt.
perut lapar. tp tahan je. duit tkde kan..
nk minta org tp malu..
so buat diam je..
mood nk study sgtlah kurang..

malam tu aku bukak balik note.
nk bacalah..
esok paper dah..
separuh je aku baca..
then ayah call..
aku angkat.
yess.. boleh mengadu. :)

suara ayah lain.
serak je..
macam tak sihat...
risau laaa. ayah kata ayah sakit. esok nak gi hospital..
aku terkejut. sbb ayah org paling susah nk gi hospital..
kalau mcm tu msti teruk laaa..

aku: teruk ke ayah?
ayah: teruk laa.. ayah nk mkn pun org hantar ke rumah. nak jalan pun tak larat.
aku: ayah pergi hospital sape hantar nanti?
ayah: ayah naik ambulans.. tak larat sgt dah. along.. kalau esok apa2 jadi kat ayah, jaga adik ya.. jgn    gaduh2.. duit bahagi baik2..
aku: apa ckp mcm tu ayah.. semua akan okay laa..( menangis)
ayah:ayah pesan je. bila habis periksa ? (maksudnya exam)
aku: esok last ayah. paper pukul 2.30.
ayah: yelah. jawab baik2.. ayah sayang awak semua.. jaga diri long..

masatu Allah je tahu aku rasa mcm mana.. mungkin muka aku merah menyala.. sedih sgt..
pesan ayah berat bg aku. aku rasa mcm tk boleh dah nk studyy.. :(

budak bilik tny. tp aku diam.. aku cuma ckp "aku penat"
tu je...

8 april 2014

pagi tu aku bangun.
paper petang. sempat lagi nk study..
tp aku call mummy dulu.
cerita apa yang jadi..
mummy risau sgt.. dua2 menangis..
mummy pesan suruh sabar. focus pada paper..

then ayah call..
aku dengar bunyi ambulans..
nk berhenti jantung masa tu..
then dengar suara ayah....

ayah: along, ayah dalam ambulans dah ni
aku: ayah baik2 ya. apa2 bgtahu along..
ayah: okay. along jawab paper tu baik2..ingat pesan ayah. ayah sayang awak semua..

sepatah2 kata2 ayah aku ingat...

aku pun jawab paper petang tu dgn mcm2 perasaan, 3 jam lama sgt...
rasa nk meraung pun ada..
tak tenang langsung....
tah apaa la yang aku jawab...

5.30..
habis paper. aku keluar and on phone..
2 misscalled..
mummy call..

mummy: along, habis paper dh?
aku: dah mummy..
mummy: along mummy harap awak sabar yaa..apa mummy nk ckp ni awak kena kuat
aku: apa dia mummy??
mummy: mummy on the way balik melaka ni.. ayah awak kena cancer paru-paru..
aku: no words..... ( menangis)
mummy: along, mummy rasa awak balik laa malam ni.. balik terus yaa... apa2 jadi nnt susah long. balik lah ya..
aku: ya mummy along cari tiket.. along balik..

aku menangis.. fana dgn din yg ada kt situ.. aku tak boleh tahan lagi.. aku nangis je..
malam tu jugak aku balik.. dengan apa cara pun aku cari tiket.. aku kena balik. harusss..
tiket aku pukul 10.30.. 4.30 aku sampai..

9 april 2014

4.30
aku sampai kt gombak. pak itam tunggu.. aku pun dihantar ke TBS...
bas ke melaka pukul 8.30 pagi..
2 jam perjalanan lagi.. sabar teha... bertahan ayah..

pukul 10 pagi aku sampai melaka sentral..
abg shidan ambil aku.. kami terus ke hospital..
aku masih dgn baju kurung lengkap.. mcm org yang nk ambil exam..
baju semalam...
aku last makan pun before paper qualiti..

kt hospital ramai org..
adik beradik ayah je dah 12 org..
aku pening sgt time tu. sejuk satu badan... kuatkan kudrat. takut pengsan jee...

aku nampak mummy, baba and adik2..
mira pandang aku dan menagis..
"along... ayahh" kata angah..
aku pun terus ke wad ayah..
ayah dah kt icu dah..

...................... tiub..
ayah dah lengkap dgn tiub dan alatan hospital..
ayah dah koma..
tak keluar suara langsung..
tak bergerak.
tak pernah tengok ayah mcm tu

angah kata ayah masih boleh bercakap semalam..
masih boleh ketawa.
masih boleh buat lawak..
 pagi tu je ayah terus tk boleh sedar..

aku bisik kt telinga ayah.. cakap mcm2..
air mata ayah mengalir..
tu je..

doa tak putus2. semua sekali..
tu je aku mampu buat..
aku tak kuat.
tapi kalau aku tak kuat. mira apatah lagi.. jd aku kena sabar..
tolong la bukak mata. say something ayah.. :(

10 april 2014

2.40 pagi
hospital call.. minta segera ke hospital..
aku rasa mcm nk pengsan..
segera kami ke hospital.

mak usu: fatin.. tahu dah?
aku: apa dia??
mak usu: ayah kau dah tak ada tau
aku: huh... (menangis)
mak usu: sabar ya.. 2.40 td dia meninggal..

wajah ayah masih merah. lepas dicabut segala bantuan pernafasan semua. ayah macam tidur.
aku tktipu, ayah nampak tenang. aku rasa macam nak kejutkan ayah suruh bangun. sebab ayah mcm tidur je..

segalanya lancar. mandikan jenazah cepat, solat jenazah ramai, cuaca baik,
ayah mcm tengah tidur masa dikafankan. rasa mcm nk suruh ayah meronta sbb tak selesa dibalut dgn kain kafan tu..
aku tunggu je.. tunggu ayah bangun. mungkin...

Ya Allah.. ayah mmg betul2 dah tak ada.. selamanyaa...
dia hero aku,
dan dia tinggalkan aku dgn beberapa pesanan penting..
tu je,
terkilan. tk sempat peluk ayah saat akhir hayat dia.
maafkan along...

sebulan lebih berlalu..
segalanya berubah..
lepas ni kalau merajuk dgn mummy tk boleh mengadu kt ayah..
hehehe..

impian nk berwalikan ayah pun tak tercapai..
ayah. restukan lah siapapun suami along nanti ya..
pasal angah ayah jgn risau. along jaga baik3. amanah ayah :)

result final keluar.. 3.63..
paper qualiti- A
alhamdulillah. ayah mesti bangga dgn along kalu ayah ada lagi :)

i miss you ayah.
Al- fatihah




Sunday 18 May 2014

testing

Assalamualaikum. Lama tk update kan ?
Semuanya dah berubah. Semua.
Oh ya. Ni nk test je update guna phone.nnt cerita sebenar akan menyusul. :)

Sunday 16 March 2014

seperti batu

" lama- lama aku sendiri akan jadi kaku,
apabila setiap hari memandang batu.
yang memang dari dulunya begitu.
keras dan membeku.

sedang mata-mata nakal sekeliling memandang kami,
entah apalah mereka fikir dalam hati,
atau apa yang tetulis dalam memori.
aku tak tahu.

aku memandang yang dihadapan aku,
masih tertunduk,
tidak memandang aku,
tak tahu,
apa yang dia mahu,
tak nampak apa yang yang terlintas dalam awan ingatannya.

hanya segaris senyuman terlakar,
disorokkannya cerita sebenar kami berdua.
yang tahu isi kandungannya.. cuma aku dan dia sahaja.
sebenarnyaa, aku pun masih keliru dan tak tahu,

tak tahu apa sedang atau akan berlaku,
antara engkau dan aku.

kerana kita pun sama-sama kaku,
mungkin termenung memandang waktu.

dari tadi aku hanya "tak tahu"
mengharapkan setiap "tak tahu" aku
dijawab dengan jawapan bertalu,
daripada batu dihadapan aku.

kerana dia,
dahulunya seperti berlari,
tiba-tiba mengejut berhenti.
tak tahu,
sama ada dia akan terus melangkah,
atau mencari jalan yang berbeza pula.

yang aku tahu,
mata itu tak pandai menipu,
sepertinya ada sesuatu ingin diberitahu..
sebab itu dia tak berani nak pandang aku." 

#penaberani

Saturday 8 March 2014

care for syiria

SEPASANG MATA BERKACA (#penaberani  fatehataib)

Syiria,
Bumi dahulunya kaya,
kian kemarau sebelum waktunya,
kurang air walau ada empangannya,
menunggu saudara mara datang menabur bakti tanpa berkira.

Syiria,
bumi nyaman yang biasa dengan musim dan cuacanya,
menjadi tanah gersang saat panas,
berubah putih saat salji,
menunggu saudara maranya datang
membela nasib mereka yang malang.

aku,
sepasang mata yang celik pandangannya,
merakam segala laku gerak manusia.
menonton akan kecurangan yang berlaku diatas bumi pijakku tercinta.

sedih,
saat sekujur jasad yang sihat,
seolah,
kakinya patah untuk melangkah,
tangannya kudung tak tunjuk arah,
mulutnya bisu tidak bersuara,
cuma berfungsi,
sepasang mata berkaca sahaja.
maafkan aku..

pada adik,
maafkan aku,
saat dirimu dizalimi begitu,
aku lihat jelas akan parah pada kepalamu,
tetapi aku?
tak mampu untuk membantu,
sepasang mata berkaca hanya bisa memandang sahaja.

kakak..
maafkan aku..
saat dirimu leka,
diratah rakus manusia itu,
kau menjerit,
meminta akan belas kasihan mereka,
tidak dipedulikan,
dan sepasang mata berkacaku,
hanya mampu melihat sahaja,
tidak terkata,
tidak juga membantu.

maafkan aku ayah,
sedang kau mencuba membela keluarga,
sedayanya engkau melawan sengketa,
aku cuma diam ditepi,
befungsi cuma mata berkaca sebagai pemerhati.


ibu..
maafkan anakmu,
hanya mampu memandang lesu,
ketika kau didera akan jiwa dan raga,
semahunya kau cuba menjaga kami semua,
sehingga letih tiada jerih mampu terzahir,
sekali lagi,
mata berkaca hanya mampu memandang.

aku,
sepasang mata
yang berkaca,
melihat satu persatu
keluargaku disiksa dan dihina
tanpa belas mahupun simpati.

bertanya,
silapnya dimana adik?
kurangnya dimana kakak?
benci mereka mengapa ayah?
sampai bila begini ibu?

sampai satu masa,
mata berkaca ini,
melihat akan perginya
satu persatu ahli keluargaku,
adik.. kakak.. ayah.. dan ibuku..
selamanya mmeninggalkan aku.

sendirian,
sepasang mata berkaca tak mamp berbuat apa-apa.
kerana diri seakan dikunci,
suara tiada,
melawan tak bererti.

lahir dari mata berkaca ini,
deraian air mata,
melihat akan susahnya derita mereka..
sehingga meninggalkan aku selamanya.

adil itu dimana?
sedang masih ramai saudara mara islam
bisa tersenyum bisa gembira..
kami disini,
kian hebad diduga derita.


berdarah bumi syiria,
menangis jangan jadi bisu sahaja,
biarlah laungan dan tangisan mereka terbela.

tiba  masa,
kita bantu seikhlasnya,
tiba masa,
umat islam bangun dan berjuang bersama,
kerana mereka,
adik, kakak, ayah dan ibu kita juga.

jangan sekadar kecewa,
apabila cuma mata mampu memandang,
tetapi jasad tak dapat berjuang.

jadilah islam bukan hanya pada nama,
jadilah islam yang kenal akan saudaranya,
jadilah islam yang bangkit berjuang pertahankan agama tercinta.

moga nanti,
saat dihitung satu persatu,
tidaklah cuma mata- mata berkaca sahaja lantang membidas dan menuntut,
pada jasad tak mahu membantu itu.
jangan sampai jadi begitu.






Monday 3 February 2014

awal february :)

assalamualaikum.
well, hello :)
rindu dh nk dok pok pek pok pek kt sini..
bnyk benda jadi sebenarnyaa
dan kadang2 aku pun tak tahu mcm mana boleh jadi.
tp aku ada azam baru..

' akhir january dgn tangisan dan duka,
harapnya mula february dgn senyuman dan bahagia..'

seriously aku nak happy february ni..
jgn buat aku sedih yaa.
 dan tahniah kp blog ni sbb dapat temat ke2 untuk pertandingan blog individu terbaik :)


haa yg ni lah buktinyaa


ni pulak persembahan masa malam penutup.
acah2 retis gitu.. dtg dari mana tah.. nasib tk kena boo.. alhamdulillah..

okay.. sekarang sgt sibuk uruskan piala rektor. saya PP. harap semua okay..
apa2 hal aku update sini. insyaa Allah :)

" mencari sang kekuatan, yang sering sembunyi dalam tangisan..
mahu dipanggilnya hati itu,
supaya tak terus lemas dibawa waktu,
kerana..
pada masa yang sedia ada,
kadangnya hati menjadi mangsa,
pada sekitar yang terang dan nyata,
kadangnya tak perasan ada hati terluka.

mahu menangis tak jumpa bahuya,
mahu meraung tak jumpa lorongnya,
mahu ketawa tak jumpa temannya.

pintas jalan terlihat,
pinta arah ,
takut takut nanti tersesat.

payah mencoret akan nurkilan tiada difahami,
cuma boleh terjemahkannya didalam mimpi.
mimpi yang mencoret kisahnya aku sendiri,
pelakon layarnya pula,
seakan sudah mati..

bangun,
mencari kisah esok,
mahu dibetulkan segala yang kurang,
agar lena tak terasa panjang,
harap nanti, 
mimpi bertandang tidak ngeri lagi..


itu sahaja haranya,
sang pena berani,
dalam februari ini"


Sunday 12 January 2014

ost movie sepi

hai lagi :)
masih di blok d.
td petang aku tengok cerita 'sepi'
kan dalam movie tu ada 3 cerita kan..
dan yang aku paling suka kisah iman, ean dan khalil..
tak tahu knp..
terasa sgt tengok part tu..
dan penaberani dapat ilham lagi :)

'hidup ini ibarat roda,
berputar mengikut masa,
nasiblah,
andai ada yang tertinggal
dan hanyut dibawa pergi.

dalam cerita hidup yang tak nampak hujungnya,
mencari satu arah berliku simpangnya,
dugaan,
takut sesat ditengah jalan.

lantas kadang kala perlu menoleh,
melihat luruskah jalan dipilih,
jika tidak,
moga sempatlah berpatah
mencari jalan2 yang sah.

bila hati terasa mati,
seketatnya mahu dikunci,
sombong,
tak benarkan insan lain menjengah lagi.

penakut nampaknya..
kerana terus hidup dengan bayangan lama,
hati itu terus dibiar mati menyepi.
sekujur tubuh masih bernafas,
rupanya mengaharap kasih tiada berbalas.
sebenarnya sedar,
namun kenyataan pahit terlalu itu,
membiarkan dia layu dan berdebu.

setangkai hati yang layak dikasihi,
masih meminta agar dipulangkan sang kekasih.
walau,
lama dia sudah pergi..
namun hati murni itu masih menanti.

sepasang mata celik pandangannya,
masih terlihat akan dia dimana-mana,
setiap langkah,
setiap gerak,
setiap laku,
masih dia ada disitu.

mengapa rela menyiksa diri,
menunggu sesuatu yang tak mungkin akan kembali.
pada akal sendiri yang tak mahu mengerti,
cinta lama jangan di tagih lagi.


tahu,
akan wujudnya cinta itu,
cinta yang baru ,
cinta yang ingin membantu.

sedarlah,
diri bukan sahaja untuk derita,
berilah dia peluang bahagia.

supaya nanti,
saat disoal,
kita tidak malu memandang hati sendiri.

takut sahaja,
apabila hati itu pandai berbicara,
dimarahnya diri kerana tak benarkan ia mencintai.
mengurung tanpa belas dan simpati,

satu jasad yang cukup hebat,
bukalah mata,
jangan dibiarkan lena itu tambah lama..
biarlah mata menikmati keindahan dunia,
biarlah hati,
merasai manisnya cinta..
#penaberani (fatehataib)'

lagi.. penaberani

assalamualaikum..
hai.. currently at block d
dan rasa mcm nk update blog ni..
tp taknak cerita..
just nk share karya sahaja..
as usual #penaberani :)

"ini dia,
saat jalan-jalan dihadapan tampaknya suram,
digagahkan kaki walaupun rasanya kejam,
supaya terus berlari,
jangan menunggu lagi.

sia2 sahaja,
mahu menunggu,
tetapi rasa tidak diperlu.

sabar itu payah,
mengundang akan rasa resah,
apabila yang ikhlas itu cuba diburu,
belum tentu terlaksana akan tugasan beribu.

letih,
mengharap janji yang tak tahu bila mahu ditepati,
mungkin cuma dalam mimpi,
yang menulis cerinya aku sendiri.

silap itu dimana??
nak perbetulkannya bagai mana?
keliru,
perasaan ini perlu atau hanya memenuhi sunyi hatiku ini??
ada sahaja mahu dicoretkan sang pena berani,
ada sahaja keluhan didalam hati.

benarlah,
senyuman itu menutupi akan derita,
bijak ia menipu akan pandangan kasar mata manusia.

tiada suara jua meminta,
tiada air mata jua menangisi,
cuma laju jari2 menari.
disitu hebatnya sang pena berani.

kata2nya tak selalu nyata,
nurkilannya tak sering sekata,
kerana cerita hidup itu
bukan semua ingin mengetahuinya.

jujur,
jauh dalam hatinya,
mengharap akan segala tangisan tulisannya didengari,
semua rintihan ceritanya difahami.
siapakah nanti bisa mengerti,
temanilah dia sehingga mati.


tak jelas apa diharap,
kerana tak tahu apa yang mendapat,
mungkin yang terbaik itu lambat tibanya,
berjumpa akan yang salah adalah semangat,
kerana,
"sesuatu yang dihajat, tapi tak dapat,
adalah nikmat yang paling padat"
insyaa Allah :)

#penaberani (fatehataib)"

Wednesday 1 January 2014

assignment :)

CAKABIS

Berkonsepkan kebab kerana rupanya dan bentuknya seakan-akan kebab,
tetapi CAKABIS berbeza daripada kebab kerana kulitnya menggunakan CAPATI.
isinya pula seperti roti john.

apa yang menarik tentang CAKABIS??

namanya yang unik mamp menarik minat orang untuk mengetahui produk ini,
CAKABIS adalah gabungan nama CAPATI dengan KOBIS.
rasanya yang sedap pasti memberi kepuasan kepada orang yang menjamah cakabis.
bahan yang digunakan juga berkhasiat dan mengenyangkan,


inilah dia CAKABIS. sungguh menyelerakan :)


p/s: iklan untuk assignment bel :)

2014 #MASA

assalamualaikum..
apa2 pun nak ucapkan.. selamat tahun baru..
pena berani kali ni menulis sbb abg pali request :)

#MASA

'masa,
bergerak tanpa henti,
ia tidak menunggu akan redanya hujan,
ia tidak menanti akan redupnya panas,
itulah masa..

kita..
kadang benci memandang masa,
jalannya laju tak tunggu apa,
seringkali manusia menjadi mangsa,
terpaksa mengejar masa yang seperti kilat itu.

namun kita,
kadangnya teruja menanti masa,
menghitung saat-saat bahagia diatas dunia,
masa merakam semua cerita.

dan pada masa itu dilihat
dua perkara,
yang dahulu,
dan yang sekarang..

dahulu itu biarkan berlalu,
segala manisnya,
pahitnya,
simpanlah selagi masih muat dalam ingatan setiap manusia.

yang penting itu,
adalah akan datang,
mencorak apa akan terjadi dalam hidup,
masi samakah kita tahun hadapannya?
atau berubahkah kita menjelang tahun barunya?
itu tanda tanya.


andai 2013 yang berlalu,
menjadi tahun bertuah dalam hidup mu,
harapnya 2014 bakal menjelang,
menjadi tahun penuh cemerlang.

andai 2013 yang berlalu,
memerah tangisan dari pipimu,
semoga 2014 yang akan tiba,
menjadi tahun penuh bahagia.

berusahalah,
menjadikan tahun baru mu,
tahun yang lebih berguna dalam sejarah,
biar masa itu sama-sama berjalan dengan kita,
jangan kita pula,
terkejar-kejar menghambat masa.

ampun maaf dipinta,
dari sang pena berani,
terkhir kalinya tahun ini,
moga ditahun hadapan,
lebih berani mencoret nurkilan berkualiti. :) '