Monday 29 August 2016

Matang

assalamualaikum gais.. sis sekarang sedang berpraktikal.
hahaha.. internship life aku okay laa. tak serabut, tak pressure.
cuma kadang2 malas nk kerja. lol.. huhuhu
result.. cehhh.. sis dah tak secerdik dulu. hahaha..
tak laa.. cuma lain sikit diploma degree. mungkin belum ada trezeki dekan, tapi lulus la setakat ni. alhamdulillah.. Allah nak bagi takat tu, so kita bersyukur. yg penting dah usaha. :)

wajah diploma degree. teserlah matang itu. hahaha.. nampak la dh tua sikit.

Dah la, doakan sis habis intern dan habis degree dgn jayanya.. amin :) 

Monday 20 June 2016

Separuh 2016

assalamualaikum gaiss.. 2016 dah separuh dah berlalu. Aku macam ni jelah, strugle nak menghabiskan degree yang amat dan terlalu memenatkan. Aku rindu zaman diploma.. serious.. tapi nanti dah habis degree, for sure rindu jugak seremban dan segala isi perutnyaa..  takpe lah, sikit lagi.. then boleh dah nak kerja. dan kalau ada rezeki, kahwin. hahaha. lol.

tapi betul la kan, sis dah 22 kot. huhuhu.. and yaa, calon masih sama ya, moga berjodoh laa dgn incik annoying tu.. malas dah nak rempuh fasa berkenalan selam dan menyelam hati budi dengan orang lain. biar la yang satu ni sampai bila2.. nanti kalau dah kad atau apa2 ura2 positif, sis bagitahu laa.. kalau tak kat sini, sis potpet kat insta atau twitter laaa. apapun, sudahkan tahun ni. final year student weyh,,, macam nak gila dah aku punya huru hara. dengan family lagi.. haih.. takpe, better future i hope :)

well, macam pelik kalau tak share gambar.. jap, aku tengok gambar apa boleh share kat sini.. basically pasal life kat seremban lah kot.. heee
ni antara rakan yang menghiasi hidup aku kat seremban, classmate F.A.N.S..
okay, ni F.A.N.S yang complete laa :) 
 ni sis punya rumet laa :)
 ni laa mr annoying

dan ni classmate.. hihihi.. 

 dan yang ni aku laa.. selebet seperti selalu.. 


Okay laa. since ni bulan ramadhan, aku nak minta maaf kalau ada salah silap ke.. apa2 ke.. nnt ada masa, ada mood, ada story, aku update lagi laa.. assalamualaikum :))

Tuesday 16 February 2016

PUNCA DAN PERISTIWA

Terjaga aku,
Mengimbau akan punca senyuman,
Atau cetus air mata.
Dari mana datangnya bahagia,
Juga bagaimana kecewa datang menyapa.

Kaku,
Aku cuba imbas waktu,
Tertayang peristiwa-peristiwa semalam,
Saat terang beransur gelap,
Saat panas bertukar teduh,
Saat riuh bertandang sepi.

Tona warna kehidupan berubah-ubah,
Dari gelap ke cerah,
Perasaan merakam ragam,
Ledakkan ketawa juga sendu tangis.
Imbasan cerita-cerita riang,
Hinggalah mengira kerutan bengis pada muka.
Aku jadi hilang punca seketika,
Rupanya terlalu banyak sudah dilalui,
Hingga aku jadi aku.

Mencorak peribadi,
Beza dari mereka-mereka semua,
Pandangan dan pengetahuan.

Jadi,
Sudahkah aku dewasa?
Dengan segala peristiwa,
Atau masih bertatih mencari punca?

Cukuplah,
Andai aku katakan,
Setiap langkah lengkapkan aku dengan pengalaman,
Mungkin tak pernah cukup,
Tapi itulah yang aku lalui sepanjang aku hidup,
Andai masih bernafas lagi,
Maka masih terdayalah menimba pengalaman,
Andai terhenti,
Itu sahajalah punca rezeki.

Aku ada cerita aku,
Bukan diminta dikenang bila tua,
Tapi sekadar harap aku tak lupa,
Dan belajar dari segala alpa,
Hidup dihitung bukan semakin lama,
Tetapi makin mencapai tarikh luputnya.

Utuk itu,
Aku bersyukur,
Segala punca dan peristiwa,

Jadi titik tak terhapus jejaknya..

#penaberani 

Thursday 11 February 2016

2016 :)

assalamualaikum.
hai.. lama sangat tak update.hahaha. kekok dah ni. hahaha
so, setahun dah degree.. and yeah.. bahagia lah. hahaha..
cuma lain la, machang dan seremban.lain gila.


btw, sorang beluncas dah kahwin. siti rasyidah dgn farid.








semua beluncas datang. kecuali aneem dengan dayah laa.. alahai, tak complete.. 
hahaha. adoi, tak boleh move on laa.. syida cantik sgt. an semoga syida happy..

aku bila? hahaha, lama lagi kot, belajar pun tak habis lagi. calon?? haaaa.. jap

Muhammad Hakim Bin Selo :)

nak cerita apa pasal muhammad hakim ni? hahaha, malas la tanam tebu..sis dah 22, tak tanam tebu sangat dah.. hihihi
belanja sikit laa..


 okay dah.. hahaha. selebihnya boleh tengok kat instagram ya kawan2..
:)

Wednesday 8 April 2015

SESAT #penaberani

betul ke
sunyi itu mati?
dan apabila mati
maka sukar untuk kembali?

benar ke
rindu itu perlu?
kemudian baru perasan
yang aku mahukan kamu?

selalunya jalan kanan kiri yang aku lalui,
kian tenang,
walau tanpa angin melintasi,
biarlah
aku mampu gagah jalan sendiri

namun,
makin jauh aku berjalan,
makin dekat aku dengan simpang,
arah masing-masing berbeza,
yang akan pandu aku ke jalan yang tak sama

aku berhenti
betul-betul ditengah
entah
mungkin tunggu angin tolak aku
dan beritahu mana jalan nak tuju

jika tiada angin menyinggah?
keras kejong aku disitu
lihat matahari turun naik
basah bersama hujan petir
membeku bersama salji berlalu

semakin jauh aku berjalan
semakin kabur pandangan
semakin hati tak menentu
semakin aku menemui jalan BUNTU

#penaberani

Sunday 5 April 2015

1m4u :)

Assalamualaikum.
aku dah lebih kurang sebulan kat sini. okayy laa.
stress sikit
penat sikit
mereput sikit.
hahahaha.. biasalah, diploma dan degree beza sangat.
cuma aku punya malas yang taknak kurang.
adoi.. mohon berubah ya fateha.

kat sini aku dpt classmate yg baik. roommate yg cool (nad,yana,teha,aku)
so aku patut bersyukur. rindu machang sebenarnya. :(
dan kt sini aku join 1m4u.
best la. happy je. kira ada jugak sebab nk happy kt sini
kurang sikit mereput tu :)





haaa.. nilah serba sedikit team im4u kt sini.
haihh. aku masih rindu dipac and kdp..
harapnyaa mereka pun sama2 boleh buat aku happy :)

" satu jalan
jauh dari pandangan
yang cuma terlihat
satu cahaya tak disekat
mahu bawa aku terus pada jalan itu.

kalau lah aku tahu
apa ada disebalik cahaya,
mungkin teruja aku mahu kesana.
cuma sekarang masih kabur
jalan juga tak lagi teratur.

tak mengapalah,
andai jalan tak jumpa masalah,
aku tak akan bersyukur hadirnya bahagia.
jadi terima kasih buat segala ujian,
kini aku lebih berani mara kehadapan "
#penaberani

Saturday 4 April 2015

SATU LAGI #penaberani

satu hari yang panjang,
jalan jalan hidup yang tenang,
dan buat aku percaya yang aku boleh capai bintang.

mungkin masih jauh awan itu,
dan masih tinggi langit biru,
tapi tak mustahil untuk aku lompat
untuk kecapi nikmat.
biar dalam payah selama ini mahu melangkah,
aku masih mampu gagah.

dan masa kau hilang dari pandangan,
aku jadi tak tentu haluan,
malap,
hati jadi sembab.
kosong tiba-tiba,
kerana selalu kau ada,
tunjuk arah dan ingatkan masa.
supaya aku tak lupa,
yang kau ada bersama.

kejamkah aku,
kalau suruh kau tunggu?
walaupun hati belum tahu,
betulkah kau yang aku perlu?
aku ini PENAKUT
ya, takut pada masa,
takut ada kecewa.

atau kita sebenarnya perlu masa,
untuk kenal hati budi,
sebelum sama sama tanam hati.
ya, kita perlu masa
sebelum ke peringkat yang satu lagi :)