Sunday 16 March 2014

seperti batu

" lama- lama aku sendiri akan jadi kaku,
apabila setiap hari memandang batu.
yang memang dari dulunya begitu.
keras dan membeku.

sedang mata-mata nakal sekeliling memandang kami,
entah apalah mereka fikir dalam hati,
atau apa yang tetulis dalam memori.
aku tak tahu.

aku memandang yang dihadapan aku,
masih tertunduk,
tidak memandang aku,
tak tahu,
apa yang dia mahu,
tak nampak apa yang yang terlintas dalam awan ingatannya.

hanya segaris senyuman terlakar,
disorokkannya cerita sebenar kami berdua.
yang tahu isi kandungannya.. cuma aku dan dia sahaja.
sebenarnyaa, aku pun masih keliru dan tak tahu,

tak tahu apa sedang atau akan berlaku,
antara engkau dan aku.

kerana kita pun sama-sama kaku,
mungkin termenung memandang waktu.

dari tadi aku hanya "tak tahu"
mengharapkan setiap "tak tahu" aku
dijawab dengan jawapan bertalu,
daripada batu dihadapan aku.

kerana dia,
dahulunya seperti berlari,
tiba-tiba mengejut berhenti.
tak tahu,
sama ada dia akan terus melangkah,
atau mencari jalan yang berbeza pula.

yang aku tahu,
mata itu tak pandai menipu,
sepertinya ada sesuatu ingin diberitahu..
sebab itu dia tak berani nak pandang aku." 

#penaberani

Saturday 8 March 2014

care for syiria

SEPASANG MATA BERKACA (#penaberani  fatehataib)

Syiria,
Bumi dahulunya kaya,
kian kemarau sebelum waktunya,
kurang air walau ada empangannya,
menunggu saudara mara datang menabur bakti tanpa berkira.

Syiria,
bumi nyaman yang biasa dengan musim dan cuacanya,
menjadi tanah gersang saat panas,
berubah putih saat salji,
menunggu saudara maranya datang
membela nasib mereka yang malang.

aku,
sepasang mata yang celik pandangannya,
merakam segala laku gerak manusia.
menonton akan kecurangan yang berlaku diatas bumi pijakku tercinta.

sedih,
saat sekujur jasad yang sihat,
seolah,
kakinya patah untuk melangkah,
tangannya kudung tak tunjuk arah,
mulutnya bisu tidak bersuara,
cuma berfungsi,
sepasang mata berkaca sahaja.
maafkan aku..

pada adik,
maafkan aku,
saat dirimu dizalimi begitu,
aku lihat jelas akan parah pada kepalamu,
tetapi aku?
tak mampu untuk membantu,
sepasang mata berkaca hanya bisa memandang sahaja.

kakak..
maafkan aku..
saat dirimu leka,
diratah rakus manusia itu,
kau menjerit,
meminta akan belas kasihan mereka,
tidak dipedulikan,
dan sepasang mata berkacaku,
hanya mampu melihat sahaja,
tidak terkata,
tidak juga membantu.

maafkan aku ayah,
sedang kau mencuba membela keluarga,
sedayanya engkau melawan sengketa,
aku cuma diam ditepi,
befungsi cuma mata berkaca sebagai pemerhati.


ibu..
maafkan anakmu,
hanya mampu memandang lesu,
ketika kau didera akan jiwa dan raga,
semahunya kau cuba menjaga kami semua,
sehingga letih tiada jerih mampu terzahir,
sekali lagi,
mata berkaca hanya mampu memandang.

aku,
sepasang mata
yang berkaca,
melihat satu persatu
keluargaku disiksa dan dihina
tanpa belas mahupun simpati.

bertanya,
silapnya dimana adik?
kurangnya dimana kakak?
benci mereka mengapa ayah?
sampai bila begini ibu?

sampai satu masa,
mata berkaca ini,
melihat akan perginya
satu persatu ahli keluargaku,
adik.. kakak.. ayah.. dan ibuku..
selamanya mmeninggalkan aku.

sendirian,
sepasang mata berkaca tak mamp berbuat apa-apa.
kerana diri seakan dikunci,
suara tiada,
melawan tak bererti.

lahir dari mata berkaca ini,
deraian air mata,
melihat akan susahnya derita mereka..
sehingga meninggalkan aku selamanya.

adil itu dimana?
sedang masih ramai saudara mara islam
bisa tersenyum bisa gembira..
kami disini,
kian hebad diduga derita.


berdarah bumi syiria,
menangis jangan jadi bisu sahaja,
biarlah laungan dan tangisan mereka terbela.

tiba  masa,
kita bantu seikhlasnya,
tiba masa,
umat islam bangun dan berjuang bersama,
kerana mereka,
adik, kakak, ayah dan ibu kita juga.

jangan sekadar kecewa,
apabila cuma mata mampu memandang,
tetapi jasad tak dapat berjuang.

jadilah islam bukan hanya pada nama,
jadilah islam yang kenal akan saudaranya,
jadilah islam yang bangkit berjuang pertahankan agama tercinta.

moga nanti,
saat dihitung satu persatu,
tidaklah cuma mata- mata berkaca sahaja lantang membidas dan menuntut,
pada jasad tak mahu membantu itu.
jangan sampai jadi begitu.