Monday 5 November 2012

coretan

helaian baru kian dibuka..
dan pena bisu mengganti tempatnya..
entah mengapa..sering nadanya sayu..
merintih...

Allah mengurniakan aku sekeping hati..
begitu juga denagn yang lainnya..
hati yang ingin dicinta dan menyinta..
dan hati itu juga mudah kecewa dan dikecewa..

lantaran pada hati yang lemah itu,
aku pautkan sang semangat..
agar ia gagah dan terus kuat..


dan lagi..
aku diberikan perasaan..
sama~
perasaan menyayangi dan disayangi..

sukar melafas dan memberikan perasaan..
dan barang siapa yang memiliki..
aku harap dijaganya sepenuh hati..
kerana perasaan itu bukan mainan atau untuk dijual beli..

syukur padanya
 memberi rasa akan nikmat menyintai,menyayangi..
aku rasakan sendiri..
melihat akan jernih matanya..
mendengar akan besar suaranya..
merasa akan deru nafasnya..
menyentuh akan kasar tangannya..

aku akur..
andai hati dan perasaan itu kian kencang diuji..
saat rindu kian hari makin bertambah.
saat cemburu mula menguasai jiwa..
dan tika sesuatu berbau curiga..

selagi aku dibenarkan untuk bernafas..
sedayanya aku jaga akan hati dan perasaan ini..
hanya untukmu Ya Allah,
buat kekasihmu Rasul tercinta..
dan buat kekasihku...dia..

andai takdir tiba,
aku menutup mata..
aku pohon setulusnya..jagakan dia..kekasihku..
insan menenangkan aku setiap waktu..

ingatkan dia,
bahawa hati dan perasaan ini
hanya layak untuk dirinya sahaja..
sepenuhnya untuknya...

dan sekiranya tiada lagi akan berjumpa..
aku harap..
masih ada ruangan,
biarpun kecil..
dalam hari dan ingatannya untuk diriku..
kerana aku tidak rela hilang lenyap dari memorinya..

hairan aku...akan perasaan ini..
bagaimana aku menyintai dengan sesungguhnya?
bagaimana aku merindui dengan sedalamnya?
kerana nikmat itu aku rasakan indah..
sesungguhnya dengan niat menjadi miliknya yang sah!

sang hati dan perasaan..
kau merasa sedih
hiba..
bersabarlah..
jarak bukan penghalang..
cemburu bukanlah musuh..
tenang dan buka mata..

seolahnya dia ada didepan dan tersenyum memandangku.
aku harus tenang..=')



No comments:

Post a Comment