Tuesday 24 July 2012

KAU MASIH AMBIL BERAT~

katanya kau ingin berlalu,
menjauh dan tidak menghiraukan aku,
tetapi kau sebenarnya MENIPU!!

aku masih ingat,
semasa kau pantas memberi sesuatu kepadaku,
untuk dikongsi bersama rakan2,
kemudian dengan pantas kau berlalu
naik semula ke bilikmu,
aku diam dan kemudiannya turut berlalu,
saat aku menoleh,
kau kian hilang,
namun aku dapat melihat kau diantara tingkat dua,bersembunyi di balik tiang,
tepat memandang aku,
aku tahu kau ingin lihat aku pulang,
sehingga aku hilang dari pandangan matamu,
sebenarnya..kau masih ambil berat..

aku masih ingat,
semasa kau dan rakan-rakanmu,
enak makan berbuka dihadapan meja aku,
dan rakan-rakanku.
pantas kau menghabiskan juadahmu,dan segera pulang,
pantas sahaja kau belalu,
sepertinya tidak sudi memandang aku,
perlahan aku menikmati juadah berbukaku,,
selesai,aku dan teman2 turut berlalu,
berjalan dan bergelak ketawa,
hari itu,hari hujan.
aku riang bermain akan titisan hujan yg jatuh ke muka,,
lantas aku menoleh,
aku lihat kau dibelakang kami..
terkejut,,
ku sangka kau sudah selamat tiba ke bilikmu..
ohh...baru aku mengerti,
kau sebenarnya menunggu aku,
kau mahu melihat sendiri
aku pulang dgn selamat.
sebenarnya..kau masih ambil berat..

aku masih teringat,
semasa aku bersendirian,
di atas anak tangga medan ilmu itu..
menunggu yg lain..
kau dari jauh memandang aku..
lama~
ya,ini benar diriku,
tidak perlu ditenung begitu..
apabila sudah dekat,
kau berpura-pura tidak mengenal aku,
mengada!
lantas kau berlalu..
aku diam menunggu disitu..
lama baru kau kembali,
bejalan bersama seorang gadis,
megah kalian bergelak ketawa,
tanpa diduga..
pantas aku menoleh melarikan pandangan,
adakah aku cemburu??
mungkin tidak..
apa mungkin kau sengaja berbuat begitu??
jika benar,kau memang sudah berjaya merobek hatiku,
tahniah!
aku bukan cemburu..
tetapi amat rindu,
akan senyuman yg kau berikan pada gadis itu,
dulunya senyum itu untuk aku,
dari jauh,aku rasakan kau menjeling,
memandangku..
aku tahu kau hairan mengapa aku bersendirian disitu,
aku tahu,
kau ingin melihat reaksiku,
saat kau bersama gadis itu,
bersama kawan barumu..
sebenarnya..kau masih ambil berat..

aku masih teringat..
saat didalam kelas..
higar bigar suara yang lain..
aku bertanyakan soalan,
namun tiada yang menyahutku..
tiada yang menghiraukan aku..
tiba2 kau bersuara perlahan..
memberi jawapan kepadaku..
sedang yang lain tidak menhiraukan..
kau jua yang prihatin..
sebenarnya..kau masih ambil berat.. =D



No comments:

Post a Comment