Saturday 4 April 2015

SATU LAGI #penaberani

satu hari yang panjang,
jalan jalan hidup yang tenang,
dan buat aku percaya yang aku boleh capai bintang.

mungkin masih jauh awan itu,
dan masih tinggi langit biru,
tapi tak mustahil untuk aku lompat
untuk kecapi nikmat.
biar dalam payah selama ini mahu melangkah,
aku masih mampu gagah.

dan masa kau hilang dari pandangan,
aku jadi tak tentu haluan,
malap,
hati jadi sembab.
kosong tiba-tiba,
kerana selalu kau ada,
tunjuk arah dan ingatkan masa.
supaya aku tak lupa,
yang kau ada bersama.

kejamkah aku,
kalau suruh kau tunggu?
walaupun hati belum tahu,
betulkah kau yang aku perlu?
aku ini PENAKUT
ya, takut pada masa,
takut ada kecewa.

atau kita sebenarnya perlu masa,
untuk kenal hati budi,
sebelum sama sama tanam hati.
ya, kita perlu masa
sebelum ke peringkat yang satu lagi :)

No comments:

Post a Comment