Friday 18 October 2013

aidiladha

assalamualaikum..
hai :)
okay, sebenarnya dah dua tiga haru aku rasa nk update tapi mcm malas.hahaha..
akhirnya malam ni laa aku bukak jugak..

kita semua baru je lepas menyambut aidiladha,
alhamdulillah..
dan menu dirumah kami adalah laksa johor..
yg datang pun trip family ami hassan, kwn tok dan family umi pah..
meriah jugak laaa.. semangat mcm hari raya semua.hahaha..
yelaa.. jarang nk dpt kumpul ramai2..selalu aku kt pantai timur dan mira kt selatan.. haih.. jauh2..
bila dh jumpa..seronok laa.. tambah lagi jumpa nk adoh.hahaha. adik beradik, biasalah..

oh yaa.. kalau ada je khalidah *sepupu aku.. mmg gila lh jawabnya.. tp tk complete..
sbb tkde pinot.haihh.. kalau ada.. roboh lah rumah.hahaha..


haaa.. nilah dia..haihh..hahahaha..

btw, result akan keluar 1 Nov ni.. gila punya cuak..hmm.
harap2 result yg keluar tk lah menghampakan..
kami dah usaha.. sekarang kami tawakal.. amin..

and ately topic kt rumah aku ni pasal jodoh.haihh.. naik pening dah. tok pulak
bukak ustaz kazim mst topic jodoh..
entah laa.. mungkin sekarang musim org kahwin kot.hahaha,
biar laa..

okay2..mcm tkde motif dh ni..
lastly

" mengajar akan perkara dekat dengan hati,
supaya mudah segala yang diterangkan,
pada yang mendengar,
fahami,
dan rasailah akan apa yang dipelajari.

mengukur sendiri jarak masa,
mengenang akan perbualan yang lama,
seolah kian mengerti mengapa kita diperlakukan begini,
pada yang masih memberontak, maka kau belum cukup dewasa.

mahu bercakap tentang fantasi sahaja,
ceritanya mengikut jiwa mengikut rasa,
sedangkan kehidupan ialah realiti,
tindakkannya mengikut akal juga hati..
jangan kau pandai-pandai mencorak cerita,
dari angan-angan anak kecil tiada nampak kedepannya.

lalu dari dulu kerap diajar,
segala kelengkapan dihari depan,
semoga pada masa yang seakan berlari,
mampu kau kejar mampu kau ikuti.

tak mahulah tampak tiada berguna,
kerana pengetahuan langsung tiada.

aku yang mengajar jua tidak sempurna,
banyak kurang banyak salahnya.
hanya niat mahu berkongsi,
harap diterima,
semoga difahami.

pada yang tidak setuju akan bait tertulis,
maaf dipinta sang pena berani,
andai masih tidak terima,
tak terdaya mencoret kata,
pada bibir boleh senyum sahaja"


okay laa.. untuk kali ni tu je..
wassalam :)





No comments:

Post a Comment