Sunday 5 May 2013

Political Talk with Fatehataib :)

assalamualaikum..
so, berakhirlah pilihan raya umum 13,
keputusannya barisan national menang dgn simple majority.
tahniah.. :)

well, sebelum belangsungnya pru nie..
kempen memang giatlah..sana-sini suma..
penuhlah jalan raya dgn bendera.
meriah..
rasa mcm hari raya pulak.hehehe
tak kurang jugak kt fb and twitter atau mana2 laman sosial dok berkempen untuk parti masing2.
mungkin aku nk tekankan kt twitter lah..
dasyat betul. yang sokong kerajaan dgn slogan dan moto.
yang sokong pembangkang dengan slogan dan moto jugak.
mcm2.. kt TL tuh mmg penuh lah..
ada jugak yg bosan smpai ajak makan kitkat suruh rehat.hihihi..

semua tu tak kesah..
masalahnya sekarang bila dah sampai tahap kutuk bagai..
ya, kita mmg nk yakinkan org, tapi jgn sampai  melampau sgt ayt tuh mengutuk.
again, nk ckp lah, apa2 pun yg kita nk ckp, biarlah nampak berilmu..
okay2..korang pilih lah..
nk org ckp:
" dah kenapa budak nie?? ckp mcm bagus, umur tk cukup pun nk mengundi. sedap mulut je mengutuk.weyh budak, tak tahu apa2 jgn ckp lah."
ATAU
" haah lah, betul cara budak nie tegur, kerajaan/pembangkang patut terima teguran mcm ni. semua pun nk Malaysia yang aman. jadi tak salah bagi pendapat"

haaa.. mesti nk yg ke2 tu kn?? negara kita democracy, kita berhak bersuara.. tapi gunalah saluran yang betul..suarakan deengan betul. tk perulah nk berbalah dan mengutuk bagai. Malaysia, terkenal dgn budaya.. so, kalau maki2 sana sini tu budaya apa??

dan satu lagi, kadang2 kita tak tahu pun tentang sesuatu perkara, atau mungkin tahu sikitlah..
tp kita tweet or post mcm kita tahu semua.. yes.. TV kadang2 memang berat sebelah.. tp tak bermakna semua yang ditayangkan tu salah.. internet mmg sgtlah bnyk maklumat..tengok dua2, buka hati, buka fikiran dan nilaikan. setiap parti akan ckp mcm2.. bg penyokong pulak nilaikan sendiri.. kenangkan jasa..jgn terus menghukum. semua boleh kalau dibawa berbincang.

remaja sekarang mmg semakin matang, tempoh sekaranglah kita menerima segala input dr luar.
tapi ingat, jgnlah bulat2 kita terima. ambil masa untuk hadamkan semua.
lebih dari 50 tahun negara kita diperintah oleh kerajaan barisan national.

aku ibaratkan mcm hospital.. mula2 perancangan pembinaan, lepastu baru kita bina.
bila dah bina, kita kenalah pastikan teknologinya mencukupi, lepastu jgn lupa sediakan doktor2 dan pekerja yang terlatih.. bila dah sedia, beri rawatan pada pesakit. dari semasa ke semasa, teknologi ditingkatkan..ikut peredaran masa. apa yang kurang ditambah, apa yang salah dibetulkan..

haaa, inilah yang berlaku selama kerajaan memerintah. banyak pembaharuan dan pertukaran. yg kurang ditambah dan sebagainya. kita sudah ditahap itu, memastikan negara kekal aman. mana2 yang salah
tu kita betulkan. kalau kita tukar kerajaan. mungkin kita harus membina dari awal.. semua org pun tahu, kita bukan maksom yang tak buat silap, kita manusia kut.. dan dari kesilapan itulah kita belajar.kita masih belajar, kerajaan juga masih belajar..

kadang2 kita mudah terpengaruh dgn janji.
betul, aku tak nafikan kepentingan janji tu. masa aku nk bertanding pilihan raya Dipac pun kena bermanifiesto jugak.tp  biarlah yang logik..

okaylah.paling mudah penghapusan bayaran PTPTN. kita dibantu dari dulu.. untuk pastikan kita dapat sambung belajar. sesuatu yang kita perlu bersyukur. bila sudah meminjam, bayarlah.. kita bukannya kena bayar beribu-ribu sebulan.. bukan untk kerajaan semata.tp untuk adik2 dan ank2 kita akan datang. yes, boleh hapus, kerajaan tanggung semua. tp untk berapa lama?? mana Malaysia nk dapat duit bnyk2.. sekarang pun kerajaan mudahkan, pointer bagus, PTPTN tukar jadi biasiswa. apa kita perlu buat. belajarlah betlul2.. sekarangpun kita tengok pelajar ada yang sambil lewa je belajar.. PTPTN kena bayar tu.. masih main2..cuba kalau hapus terus?? boleh fikir sendiri kn?? :)

melihat pada janji, kita kaji pada realiti. "kalau saya menang, esok minyak turun 50sen"
mungkin pernah dengar ni kn?? okaylah, semua pun suka bnd murah dan free, tp sedar tak, harga minyak di asia, Malaysia adalah paling murah.. sebab subsidi dari kerajaan dan sumber yang kita ada.. kalau kt Thailand, minyak diorang mahal. sebab tu mereka datang Malaysia dan ada yang tuang minyak penuh,yelaa.. murah.. minyak tu keperluan.. sebabtu kerajaan beri subsidi.tp tak bolehlah terlalu murah.. kerajaan kaji dah apa implikasi dan kebaikan.kita ada pakar2 pengkaji untuk semua ni.kalaula penurunan harga minyak secara mendadak tu tidak memudaratkan negara, rasanya lama dah minyak kita murah.. apa2 pun belajarlah untuk bersyukur :)

bantuan yang kita dapat. yes, memang betul semua tu duit rakyat sebenarnya.. mak ayah kita bayar cukai dan sebagainya.jadi, lebihan disitu kita dapat semula dgn bantuan2 yang kerajaan bagi. kita ada kedai dan barang2, kita diberi bantuan supaya berbelanja.. putar semula duit itu, sumua untuk pastikan berlakunya jual beli dalam negara. yelah, apa guna barang banyk2 kalau tak ada nk beli sbb tak ada duit..dalam financial management pun ada belajar.. kerajaan memberi atas sebab apa?? rasuah..? haish..cubalah kita fikir dari sudut yang positif dan jauh.. manfaat kita dapat. mmg hak kita sbb duit kita.. kita berbelanja, bantu negara pulak.. pastikan kita maju.. jgnlah asyik nk negatif je..

apa yang jelas kita nampak sekarang adalah sentimen agama digunakan. agama kita agama islam. betul! memang itu agama kita. dan islam itu manis,suci dan murni. seperti yang aku cakap, menegurlah dengan baik. yela kita nk orang jadi baik, ambil hati mereka dengan baik. kita tak bolehlah simply ckp org tu kafir atau apa. kita pun ada dosa..kita pun tak boleh nk ukur pahala sendiri, apatah lagi pahala orang lain. islam itu sentiasa menggalakkan kemajuan. dulu, cordova terkenal dengan kemajuan zaman pemerintahan islam. haaa, terbukti dah pasal kemajuan. kalau lah kita rasa wujudnya corruption, kita tangani dengan baik. tak elok kita gaulkan politik dengan agama secara kasar. jadi fitnah pada agama. okay lah, aku nk share sikit pengalaman. masa belajar di SMT Sepang, memang aku belajar bnyk. indahnya agama.. lepastu aku sendiri belajar di kelantan. bnyk benda aku belajar. bila islam itu diterapkan dengan lembut. hati kita terima dengan ikhlas.. tapi kalau kita sendiri tunjuk contoh tak baik, agama kita dapat nama.. apa2 pun kita doakanlah yang terbaik untuk semua orang. :)

hmmm.. yelah, aku just nk share sikit apa yang tahu. yes..nampak sgtkan aku side kerajaan.?
mengakulah, memang betul.. tapi tk semua dlm kerajaan itu betul. kita lihat pada apa yang berlaku. kita kenang semula. kita bandingkan. dan tidaklah aku tak bersetuju dgn pembangkang. even dalam berdebat aku selalu dapat position sbg pembangkang, tapi kita pandailah menilai. tak semua pun sempurna.. dan tak ada pemerintahan sebersih dan seadil pemerintahan nabi Muhammad dan para sahabat... kena ada check and balance jugak.. negara demokrasi kan :)

aku pun bukannya pandai sgt. pengetahuan yang cetek ni aku nk share je.. ambil ia sebagai satu yang positf ya.. pada yang tidak setuju, anggaplah aku menegur dengan lembut.. kalau aku salah, mohon maaf ya.. kita bebas beri pendapat dan aku cuma beri pendapat dgn cara paling lembut. "menegurlah dengan cara berkongsi, bukan menghina" aku percaya pada itu.

apa2 pun tahniah kpd kerajaan. bawalah Malaysia pada tahap lebih maju dan semoga kita semua dilindungi Allah. in syaa Allah.. lastly, berfikirlah dengan betul dan bercakaplah dengan berilmu :)

#fatehataib

wassalam ;)


No comments:

Post a Comment