Thursday 26 December 2013

PMDSTERLAJAK LARIS :*

assalamualaikum..
okay. kali ni mmg betul2 lama tk update blog..
last post pun cerita pasal result..

hmm.. okay..mula2 nk ckp.. selamat melabuhkan tirai 2013..
nk masuk 2014 dah..
maknanya aku nk masuk 20 tahun..
hehehe.. cepat je masa berlalu.
dan alhamdulillah.. aku sihat je..

okay.. starting dgn MDS..
hahaha..
aku tk masuk MDS..
part 4 dah weyh..
aku menguruskan MDS tu..
jadi PM..
dan portfolio aku???
biro kebajikan dan kesihatan..
heee..
layak?
masih layak lagi..

PENGALAMAN

kursus PM kat besut:

sangat seronok..
jumpa ramai kawan baru dan kawan lama.
belajarbenda baru dan share pengalaman..
owhh..
kalau pergi kem damai tu,
mmg satu lagi sejarah akan tercipta..
macam KPO lah..
sayang HAMKA sekalian..
kursus kali ni mmg fun.
taklah stress sgt..
dan mmg bnyk benda aku belajar..

MDS bermula :

pendaftaran ada 23 org shj..
sbb separuh lagi mpp dan mereka ada kursus kt sepang..
sgt takut masa tu..
yelah.. pendaftaran kot..
mst ramai gila punya..
mcm mana lah nk kawal..
haihh..
tapi alhamdulillah.
kami mampu melakukannya!
heee
macam2  jadi..
tp semua tu mmg merapatkan hubungan kami sesama PM

then balik laa yg dari sepang tu..
kerja jadi tambah mudah.
sbb dah ramai kan..
alhamdulillah..seminggu MDS berjalan lancar..

okay.. next mst lah meet my beluncassss..
rindu semua..
alhamdulillah..
semua nampak sihat..
makin cantik dan comel..
owh ya.. syue dgn dayah pun dah duduk kolej..
duduk dorm 2..
nk cerita detail nnt next post ya..

gambar pun.... hmm..
nnt lah..
malas nk upload..

owh ya..
aku kt rumah ni.. cuti mid sem dah..
haaa..
cuti sakan laaa..2 minggu..
tp..macam biasalah..cuti pun.. mcm ni je..
seronok hangout dgn family :)

okay..
share sikit :)

'kehendak hati mahu dituruti,
mahu berteman kerana takutkan sunyi.

biasalah,
pada hati yang selalu meminta itu,
kadangnya akal sendiri tiada menduga,
akan benar atau salahnya bercinta,
kerana apa?
semuanya perintah hati,
mahu itu dan mahu ini,
ikutkan sahaja lahh..

lantas,
bahagia terasa,
saat sayang bersulam cinta,
masa seakan terhenti untuk kita,

ahh!
kata-kata indah sang pujangga,
segalanya baik segalanya sempurna.

jika begitu,
dimana mahu diletakkan kesilapan?
dimana mahu diselitkann kekurangan?
dimana mahu dihamparkan keburukan?

itulah,
berkasih atas dasar sempurna,
pudar warnanya hilanglah cinta.

kalau begitu jangan diucapkan kata sayang,
jangan dilafaz sejuta janji,
jangan dipamer akan isi hati.

simpan sahaja didalam peti,
kalau tak boleh terima kekurangan,
kalau tak mampu hadapi keburukan.

pada sayang seharusnya mengerti,
dasar manusia pelbagai ragam,
kerana segalanya tidak duduk diam.

belajarlah menerima,
berhentilah menilai,
kerana yang indah itu bukan selamanya milik kita,
tak akan kekal,
tidak boleh bawa mati bersama.'

#penaberani (fatehataib)

No comments:

Post a Comment